23 April, 2012

alien: ulang-ulang-ulang

I break in two over you, oh
I break in two
And each piece of me dies
And only you can give the breath of life
But you don't see me, you don't 

: From Autumn to Ashes (Autumn Monologue) 

Em,

Kita tidak akan selalu ketawa kepada lawak yang sama andai lawak itu disembahkan berulang-ulang kali bahkan kita akan menyampah dengan lawak tersebut. Akan tetapi mengapa kita selalu menangisi kesedihan yang sama berulang-ulang tanpa pernah rasa jemu.

Mengapa?


13 comments:

Anonymous said...

p ramli.
serius.
ketawa lagi.
pelik.

kueh

gadisBunga said...

saya nangis sekali. ok, mungkin dua kali. oklah...3 kali.

tapi lepas tu sebelum nangis lagi saya akan lagi.

La Kuchi said...

membuatkan sy terfikir juga

alien said...

kueh:
P ramlee itu seorang yg magik.
haha

GB:
erk.. haha
dah2 tamau nangis2 dah

La Kuchi:
kan..
ke ko ada jawapan dia?

La Kuchi said...

lemah iman, menjadikan kesedihan sesuatu yg perlu diratapi. kenangan yang akan sering menghantuinya sehingga turut mencuit emosinya.sesuatu perlu dilakukan, jika tidak dia tidak akan maju ke depan

kuat iman,memandang sesuatu kesedihan itu merupakan salah satu warna kehidupan, tidak buat dia lemah, tapi dia akur dan redha.bukan tanda berputus asa.

hanya pandangan yang xseberapa brother..sorry kalau salah..:)

yana-feehily said...

saya pun baru terfikir..

Nadia Amat said...

oh..sebab slalunye berulang bende same so ngis la..klu bende 2 berubah i xnagis dah..haha

wahida said...

sbb benda yg sedih tu selalu tertanam dlm jiwa...melekat dlm hati...susah nak lupa...

alien said...

La Kuchi:
betul la tu mana ada salah..
kisah lalu kan kita jadikan pelajaran utk terus perbaiki diri.. ada hikmah disebalik yg terjadi..

yana-feehily:
mari kita berfikir.. hehe

Nadia Amat:
haha,
cool jawapan dia.

wahida:
yap, benda yg sakit mmg susah kita nak lupe..
ibarat nila setitik rosak susu sebelanga kan..

Aien Alien said...

kesedihan selalunya berbekas dilubuk hati yang paling dalam jauh terpendam. itu yang berulang-ulang layan sedih pun tak jemu.

alien said...

ada betulnya tu..
tapi kita perlu move on gak kan..
hehe

Rain said...

sedih itu rindu.

rindu tidak pernah jemu datang dalam sanubari.

alien said...

em, mungkin ada betulnya.