24 October, 2012

alien: Hari Raya Aidiladha

Salah satu keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijah sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban itu bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


dipetik dari: pmr.penerangan.gov.my


8 comments:

Wadi AR said...

selamat raya qurban. nanti blk bangi singgah hantaq daging noh

Daddy Ziyyad said...

selamat raya haji bro

Hans said...

selamat hari raya aidiladha :-)

Dba Ghani said...

annas!!! hahhaaa... ingat aku x?? napa aku x ada dlm bloglist kau niii

alien said...

Wadi AR:
balik bangi?
kampung aku bukan kat bangi.. ahahaha

Daddy Ziyyad:
Selamat hari raya !

Hans:
Selamat hari raya haji..

Dba Ghani:
dlm bloglist tepi tu mmg tade..aku xmasukan
hahaha

Yousof said...

Annas! Salam Aidiladha.. ;)


Syukur..

Rain said...

tapi nak berkampung di bangi tak? ahaks

alien said...

Yousof:
Salam Aidiladha juga En Yousof!

Rain:
ntah
ntah
lalala~