26 November, 2012

alien: duduk depan tv jangan komen

Rentetan kekalahan Malaysia kepada Singapura dengan 3 gol tanpa balas.















Print screen tu aku ambik dari fb kawan aku. Marah betul saudara itu ya~
Pada aku, bukan semua orang berkesempatan ke stadium menonton bola.
Macam aku sendiri tidak berkesempatan, aku hanya sempat menonton permainan untuk separuh masa pertama sahaja. Ada urusan keluarga.

Komen aku untuk separuh masa pertama.
(Tak boleh panjang sangat sebab aku tengok kat tv je)
Untuk permulaan permainan, Malaysia bermain baik.
Tapi semakin lama semakin kurang kreativiti dan permainan mudah dibaca oleh Singapura.
Dan Singapura pula bijak mengambil perluang yang terhidang.
Syabas!!

Berbalik kepada print screen itu,
Aku tak nak cakap apa-apalah sebab aku tak pergi stadium.
Tapi. Kalau perlu ke stadium baru boleh bersuara, aku rasa ramai yang tak layak bersuara. Contohnya macam kau layan EPL, Serie A, Bundesliga .. tiap-tiap minggu. Patutnya pasukan yang kau sokong menang atau kalah kau perlu diam.

Jangan bersuara.




12 comments:

La Kuchi said...

i know who is he!

apapun manusia itu ada mulut tuan.

masing-masing merasakan dia layak bersuara

tak kiralah samada dia tonton di tv atau di stadium atau separuh masa atau sepenuh masa atau tidak tonton langsung

:)

cintailmu89 said...

Sentap ni.. Padan muka diorg..

Ak pun tgk kat tv je..

Wadi AR said...

aku tak tengok tv langsung

encekgadis said...

ouh tengok bola pun ada undang2?
nanti keluar iklan penonton di rumah di larang komen hahah lawak.

gadisBunga™ said...

komen bermaksud sayang. kita sayang harimau malaya lah maksudnya. betoi dak??

Daddy Ziyyad said...

setuju sangat bro..
bersuara itu boleh, tak kira lah kalau gi stadium atau tgk kat TV/komputer...asalkan kritikan tu, membina...

Tapi mmg saya dah lama tak letak harapan tinggi pada pasukan bola kita...Supaya tak perlu nak rasa kecewa

tia sayangdia said...

ehee. tak tengok tv pun. sebab bukan peminat bola.

jeBateja said...

Ha ah kan...kalau mcm tu...tak layak bersuara lah kalau tak gi stadium yg jauh mauh tu...ahakz

nasyrun nasyrun said...

malaysia SUKA cari jalan susah

kelakar orangnya

MystoryPic said...

kalau pasal bola ni ..aku tak tengok tv dan aku tak ke stadium... dgr org cerita jer

Yousof said...

Pandangan aku yang kaki bangku ni, aku rasa pertahanan kita macam rapuh atau dalam erti kata lain macam 'mamai'.

Serangan ok cuma penyudah tu kurang tajam. Tak boleh komen lebih² aku pun tengok depan tv je..




"Patutnya pasukan yang kau sokong menang atau kalah kau perlu diam." - THORBAIK ;D

Rain said...

pandangan aku yang kaki bangku(2)ini, bla bla bla....


DIAMMM!