19 March, 2013

alien: mana silapnya?

Dah banyak kali iklan itu ke udara.
Tiap kali ke udara, tiap kali itu aku tertanya.
Adakah perkataan itu sensitif untuk disebut ke khalayak.
Perkataan itu hanyalah nombor.
Ianya hanyalah nombor di dalam bahasa selain bahasa melayu.

Iklan itu adalah iklan berkonsepkan satu malaysia, di mana budak sekolah membilang dengan menggunakan bahasa selain bahasa ibunda; Jawa, Cina dan India, dari 1 hingga ke 10. Untuk bahasa Cina dan India, kiraan 1 hingga 10 adalah lengkap tanpa ada satu nombor yang tercicir. Baguslah.

Akan tetapi, untuk bahasa Jawa. Ada yang telah tercicir.


Nombor 9 atau Songo telah tercicir.
Aku tidak tahu samada penyunting sengaja buang atau penulis skrip iklan tertinggal nombor 9 itu.
Mengapa terjadi seperti itu?

Aku sendiri pun tiada jawapannya.






5 comments:

Daddy Ziyyad said...

iklan apa ha? tak pernah dgr pulak

MystoryPic said...

saya tak perasan iklan apa... mungkin sebab saya tak faham bahasa Jawa... sebab tu saya tak peka ngan iklan kat tv tu

Wadi AR said...

ouhh. gitu

theorangelily said...

iklan apakah?

gadisBunga™ said...

depa tak perasan kot?