26 July, 2013

alien : skrip hidup

Aku ini bukanlah seorang pakar jiwa. Aku juga bukan seorang yang pandai menyusun ayat memulakan kata. Aku juga bukanlah seorang yang ahli dalam menyampai nasihat.

Aku ini orang biasa-biasa, yang masih belajar makna hidup. Yang masih belajar untuk jadi manusia. Yang masih serba serbi lompong.

Mereka meminta.

Pada aku, adalah sedikit berat untuk aku melaksana. Bukanlah bermaksud untuk mengelak, melepas tanggungjawab. Bimbang tersilap kata, tersilap pandu jauh menyimpang dari arah asalnya.

Adik beradiknya ada.
Orang yang teristimewanya juga ada.
Jadi, aku berkeputusan untuk menjadi pemerhati dahulu. Mengunyah dan menghadam situasi dahulu. Andai diperlu, InsyaAllah aku sedia membantu yang termampu.

Untuk kini, biarlah mereka hadap dulu.

Semoga segalanya kembali baik-baik semula.

5 comments:

Sam Banjamin said...

elok perhati dahulu... perhati semua... perhati diri.. perhati persekitaran... diam... diam kan pintar... tak gitu?

kueh bakar said...

kadang nasihat orang-orang biasa tu lebih luar biasa...

Aien Not Alien said...

perhatikan dulu. hadam...dah faham benar baru keluarkan bicara.

gadisBunga™ said...

mmm...tunggu dulu. tunggu je dulu...

Pembunuh Tanpa Bayang : said...

lihat dan cuba rasakan
andai ada yang memerlukan kekuatan,jangan lupa sama berkongsi rasa.