03 August, 2013

alien : Ogos ! Ogos! Ogos!

Sudah masuk Ogos!

Aku masih begini. Masih lagi tiada apa - apa. Tiada itu dan tiada ini. Masih lagi seadanya. Masih lagi berjalan tersangkut - sangkut.

Pohon yang ditanam masih belum lagi berbuah. Walau bunganya harum kelihatan, masih belum ditakdir menjadi buah.

Tidak serik - serik perosak menyerang. Lagi dan lagi. Setiap hari. Aku sendiri letih menahan ancaman mereka itu. Hampir saja aku mengangkat tangan menyerah.

Parang aku benamkan ke bumi.
Kaki ku pasak teguh lagi.

Berbekalkan keringat yang tumpah setiap hari. Aku mesti kuat. Mesti berjuang sebelum tumbang ke bumi.

6 comments:

manusiaekstinsi said...

Moga Ogos inilah semuanya menjadi.Good luck.

Selamber Rock said...

Dah Ogos. Dan aku masih menganggur...

Wadi AR said...

dah ogos ni kau makin kurus tak?

Skull Writers said...

jgn guna Baja bunga..

sila tukar ke Baja buah..

kalau tak berbuah juga..

bersyukur saja.. pohon tu akan hasilkan oksigen yg akan kita sedut masuk dlm paru-paru..

alhamdulilah :)



Nico Robin

Sam Banjamin said...

Rezki tu bukan tak ada.. Tunggu dlu... Tuhan tangguh dlu.. Ada untuk kamu,,

Anonymous said...

kapten annas

aku telah 15 tahun bekerja kuat. siang dan malam. lebih 15 kali kedai gagal dan tutup.

masih belum mahu mengalah. ye letih. ye penat. ye segalanya.

jum kita - terus berjuang.

kueh