22 December, 2013

alien: capati atau roti canai.

Kita memang berhak untuk memilih. Itu yang mereka selalu katakan pada aku, mungkin juga pada kamu juga. Tapi, kadang kala pilihan itu tiada. Kita perlu menerima apa saja yang mendatang. Contohnya macam, kau teringin makan Capati pada tengah hari. Kau pusing sana sini tak jumpa kedai yang menjual capati, tanpa ada pilihan kau terima roti canai yang tuan kedai sediakan.

Nampak contoh tu. Ada masa kita perlu menerima dan bersedia berubah mengikut kesesuaian masa dan situasi kita berada. Fleksibel. Itu kata yang sesuai. Memang pada asasnya kita sukar untuk berubah dan menerima. Yelah, manakan sama rasa sekeping capati itu andai dibandingkan dengan sekeping roti canai. Memang asas bahannya adalah gandum, akan tetapi, proses membuat dan memasak telah menjadikan rasa kedua makanan itu berbeza.

Keterbukaan dan kesediaan untuk menerima sesuatu yang berbeza akan menjadikan kita cekal dan tidak mudah pecah. Seperti air, ia terus bergerak mengalir mengikut aliran ia. Andai ada lorong berbeza, air yang tidak sehaluan mengikut lorong yang satu lagi. Andai ada halangan, air bekerjasama merempuh halangan yang menanti dihadapan.

Dengan itu, andai kita punya pilihan bersyukurlah. Andai tiada pilihan, cekalkan diri dan bersyukurlah. Anda tetap bertuah, Tuhan menguji anda. Anda juga sedang diberi pelajaran oleh hidup anda yang mana pelajaran itu amat berguna di masa hadapan; pengalaman. Pengalaman itulah yang bakal menjadikan anda bukan sekeras batu, akan tetapi menjadi seperti air yang sifatnya mudah untuk menyesuaikan diri mengikut sekeliling walau pada masa sukar.



Sent from my Windows Phone

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

kena memilih utk:

- ikut jalan lama tanpa tol

- naik basikal ..tak perlu isi petrol

- duduk dalam gua...tak perlu kena kenaikan tariff bil TNB

hahaha

Faarihin said...

satu analogi yang menarik untuk dihayati. seboleh-bolehnya aku mahukan roti canai, sebab ketebalannya yang mungkin lebih sedikit dari capati.. kut.

entahlah. apa-apa pun setiap perkara yang kita hadapi pasti ada hikmahnya.

Anonymous said...

wahh..panjang..baru stimm..

asasnya sama..
nak gandum
gandum = pasangan

untuk apa gandum?
kenyang = kahwin

ahaks

kueh

theorangelily said...

terasa dowwwwhhhh hahhaa