08 May, 2014

alien: hai mei.

"Hai Mei!" tegur aku dengan nada yang agak tinggi, bukan apa, ramai orang sedang berkerumun mengelilinginya. Bimbang suara aku tenggelam dengan bisingnya bunyi yang bercampur serta berebut-rebut menerjah masuk ke dalam telinganya.

"Hai! Mei!"
aku menjerit sedikit kuat dari tadi.

Mei berpaling, sedikit tersenyum sambil melambaikan tangan mesra.

Aku membalas senyuman itu kembali dan berdiri tidak jauh darinya. Dan dia pula kembali melayan ramai orang yang berkerumun mengelilinginya tadi. Aku menantinya selesai melayan mereka yang ramai itu.

Tika aku memandangnya, mata aku tidak lepas melihat-lihat jam dipergelangan tangan untuk menghitung waktu berjanji temu dengan Jun pula.



1 comment:

Kazaztan Team said...

jun tentu lg lawa...ehehhe